Home Politik PRN MELAKA KE 16: BN-PN MENANG DUA PER TIGA, KUASAI 24 KERUSI

PRN MELAKA KE 16: BN-PN MENANG DUA PER TIGA, KUASAI 24 KERUSI

Oleh: Wartawan IMedikel TV

MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dengan majoriti dua pertiga.

Kemenangan BN di 21 kerusi DUN dan PN di 3 kerusi DUN sekali gus mengekalkan penguasaan politik mereka di negeri bersejarah itu.

Antara kerusi DUN dimenangi BN ialah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai manakala PN menang di Bemban.

Manakala Pakatan Harapan (PH) pula mengekalkan empat kerusi yang dimenangi sebelum ini, iaitu di Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan penuh PRN Melaka ke-16 telah dijalankan dengan bebas, adil dan telus.

Katanya pada PRN Melaka kali ini, seramai 493,573 atau 71.77 peratus telah mengundi.

“Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi.

“Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian pada 14 November 2026 (Sabtu) dan pengundi-pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

“Selain itu, tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya berjalan,”katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Menurut Ramlan, SPR sentiasa mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Katanya SPR telah mencuba sedaya-upaya yang boleh untuk menjadikan PRU DUN Melaka Ke-16 yang terbaik.

“SPR juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pegawai-Pegawai Daerah, pihak PDRM, SPRM, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Jabatan Digital Negara (JDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Turut dirakamkan ucapan terima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Komunikasi, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Agensi-Agensi lain, pihak media dan sukarelawan di atas kerjasama serta bantuan yang diberikan sepanjang berlangsungnya PRN Melaka Ke-16,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here