Home Politik PRN MELAKA KE 16 : 94.96 PERATUS PENGUNDI AWAL TUNAI TANGGUNGJAWAB.

PRN MELAKA KE 16 : 94.96 PERATUS PENGUNDI AWAL TUNAI TANGGUNGJAWAB.

Oleh: Wartawan IMedikel TV

MELAKA: Seramai 9,417 daripada 9,917 pengundi awal atau 94.96 peratus telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16, hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, proses pengundian awal yang bermula jam 8 pagi itu membabitkan anggota tentera, pasangan serta anggota polis.

Menurutnya, sebanyak 31 pusat mengundi awal dibuka di seluruh negeri bagi melancarkan proses pengundian berkenaan.

“Kesemua pusat mengundi itu ditutup secara berperingkat iaitu 19 pusat pada jam 12 tengah hari, tiga pusat pada jam 2 petang dan baki sembilan pusat lagi pada jam 5 petang.

“Seramai 9,917 orang anggota tentera dan pasangan serta anggota polis layak untuk mengundi awal dalam PRU DUN Melaka Ke-16 ini,”katamya

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan SPR selepas proses pengundian awal selesai, hari ini.

Dalam pada itu, SPR merakamkan penghargaan kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan petugas yang memastikan kelancaran proses pengundian awal.

Penghargaan turut diberikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas media serta semua pihak yang memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here