Home Ulasan Wartawan STRESS DAN KESIHATAN

STRESS DAN KESIHATAN

209
0
Stress level reduced with problem and pressure solving tiny persons concept. Tired from frustration employee in job vector illustration. Angry tension in business lifestyle. Emotional overload scene.

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

Stress atau tekanan adalah ketika seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita.

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

‘Bebanan’ itu boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

Tekanan perasaan yang baik (positif) dinamakan sebagai “eustress” manakala yang buruk (negatif) pula dinamakan sebagai “distress.”

Terdapat beberapa gejala stress antaranya keletihan fizikal, mental bercelaru, mudah sensitive atau beremosi dan berperangai agresif.

Stress juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan terhadap diri seperti sakit jantung angin ahmar, imsonia, kencing manis, ulser dan infeksi atau jangkitan kuman.

Bagi pendapat penulis, stress atau tekanan adalah normal dalam kehidupan dan adakalanya ia dapat memotivasikan seseorang baik di tempat kerja mahupun dalam menjalani kehidupan seharian.

“Namun begitu, jika seseorang tidak menangani tekanan dengan sewajarnya dalam jangka masa yang panjang ia boleh mengganggu pekerjaan, kehidupan, keluarga dan kesihatan,”

“Rasa tertekan biasanya disebabkan oleh perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seperti menghadapi perubahan besar, risau pada sesuatu, tidak mempunyai kawalan dalam situasi kehidupan, mempunyai tanggungjawab yang berat, tidak mempunyai pekerjaan, ketidaktentuan dalam kehidupan, tekanan kerja, pembelajaran serta trauma,”

“Jika stress itu tidak dikawal dengan betul, boleh jadi mendorong seseorang ke arah perkara di luar kawalan seperti mencederakan diri.”

Oleh sebab itu, adalah penting bagi seseorang itu untuk tidak memendam segala masalah yang sedang dihadapinya.

Akhir sekali, stress juga boleh diuruskan dengan cara yang betul dengan mengamalkan pemakanan sihat, melakukan senaman secara berkala, memastikan kualiti tidur sentiasa baik dan menjaga pengisian dari segi rohani.

Sumber Accredited Schools Online

Sumber Istock

Sumber The Economic Times

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here