Home Ulasan Wartawan ADAKAH PENDIDIKAN DALAM ERA TEKNOLOGI DIGITAL MELAHIRKAN MURID YANG BERKUALITI?

ADAKAH PENDIDIKAN DALAM ERA TEKNOLOGI DIGITAL MELAHIRKAN MURID YANG BERKUALITI?

333
0

Oleh: ALINI NADHIRAH ISMAIL, Wartawan Imedikel TV

Perubahan zaman dari semasa ke semasa mendapati sistem pendidikan juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan kemajuan teknologi digital dalam pembelajaran.

Penggunaan teknologi digital dalam pendidikan atau pembelajaran pada abad ke 21 ini menjadi rutin harian yang dilaksanakan di sekolah.

Namun adakah teknologi digital yang digunakan dalam Pendidikan akan melahirkan murid yang berkualiti dalam pembelajarannya?

Gambar Hiasan

Menjawab persoalan itu, teknologi digital dalam dunia pendidikan mempunyai perkara positif serta negatif yang akan memberi kesan kepada murid tersebut.

Menurut Raihan Nabilah, seorang guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah, memberi pandangan mengenai isu ini.

“Pandangan saya ada baik dan buruknya berkaitan dengan penggunaan teknologi digital dalam Pendidikan ini”

“Tidak dinafikan, murid membesar dalam pembangunan teknologi digital, maka kita perlu raikan mereka dengan menjalankan proses pendidikan menggunakan teknologi digital yg ada..”

Katanya dalam penggunaan teknologi digital perlulah digariskan peraturan dan batas bagi memastikan ia diaplikasikan dengan telus dan tulus.

Gambar Hiasan

“Contohnya, murid perlu dididik dengan sikap amanah dalam pembelajaran mereka. Mereka perlu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan penuh integriti. Misalnya, apabila kelas dijalankan secara online, seharusnya murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa kelas atas talian berlangsung. Bukan sekadar ‘join class’, tapi sebenarnya tidak fokus pun terhadap kelas yang dijalankan, masuk kelas hanya sekadar sebagai syarat sertai”, katanya.

Menurut Raihan murid perlu ada rasa tanggungjawab dalam setiap pembelajaran apabila diberikan kemudahan teknologi digital pada masa kini.

Katanya teknologi digital memudahkan kita tetapi seakan-akan menghakis adab dan tatasusila murid, apabila tiada sikap jujur dan tanggungjawab dalam diri.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here