Home Sukan BUMBUNG STADIUM TERTUTUP SUKPA BOCOR, PERLU DIBAIKI SEGERA

BUMBUNG STADIUM TERTUTUP SUKPA BOCOR, PERLU DIBAIKI SEGERA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Bumbung Stadium Tertutup SUKPA bocor pada babak pertama perlawanan akhir pertama Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) semalam mencalarkan imej kejohanan berkenaan yang tertangguh hampir sejam.

Kerancakan aksi pertemuan antara Pahang Rangers FC dengan Selangor FC yang begitu menarik seolah disentak ketika perlawanan berbaki sembilan minit sebelum direhatkan.

Rata-rata penonton kecewa dengan apa yang berlaku kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerja naik taraf Kompleks Sukan SUKPA termasuk Stadium Tertutup SUKPA dilakukan pada 2024.

Pihak yang diberi tanggungjawab menguruskan Stadium Tertutup SUKPA perlu memberi perhatian serius memikirkan cara untuk memastikan episod kebocoran bumbung stadium tidak terus berlaku hingga menjejas acara yang diadakan.

Faktor hujan lebat mungkin mampu menjadi alasan pihak berkaitan menyebabkan bumbung bocor hingga membasahi gelanggang, namun diharap alasan berkenaan tidak terus menerus digunakan hingga mengundang campur tangan pihak lain.

Stadium Tertutup SUKPA menjadi gelanggang pelbagai acara sukan dan hiburan. Lokasi yang strategik menjadi kelebihan tempat berkenaan dipilih pihak penganjur.

Difahamkan kejadian bumbung bocor sudah lama berlaku namun usaha mengesan lubang sukar dilakukan tanpa kepakaran.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here