Home Buletin Semasa ECRL KE RANTAU PANJANG MASIH PERLU PERINCIAN LANJUT

ECRL KE RANTAU PANJANG MASIH PERLU PERINCIAN LANJUT

KOTA BHARU: Cadangan berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang masih memerlukan perincian lanjut, termasuk membabitkan kos dan perancangan pelaksanaannya.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata kerajaan Malaysia dan Thailand pada dasarnya bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak perkara perlu diperhalusi sebelum cadangan itu dapat direalisasikan.

“Pada dasarnya, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand bersetuju, tetapi ia masih di peringkat dasar sahaja.

“Banyak perkara perlu dibuat, termasuk soal kos dan sebagainya. Perjalanannya masih panjang,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, kerajaan negeri setakat ini belum mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan berhubung perkara itu, namun kerajaan negeri akan turut terlibat dalam perancangan seterusnya.

Menurutnya, penduduk Rantau Panjang juga berharap cadangan berkenaan dapat direalisasikan bagi menghidupkan semula zon bebas dan mengembalikan kemeriahan kawasan berkenaan.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, cadangan pembangunan bandar sempadan juga sudah dipersetujui pada peringkat dasar, namun masih menunggu kelulusan sebelum pelaksanaannya dapat dimulakan.

Sebelum ini media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan China sepakat untuk menyambung laluan ECRL ke Rantau Panjang ketika pengumuman Belanjawan 2027 baru-baru ini.

Mengulas sasaran ketibaan pelancong ke Kelantan bagi tahun ini, beliau berkata, angka rasmi masih belum dapat dipastikan kerana pihaknya menunggu data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Katanya, data bagi tahun lalu sudah diterima.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here