Home Buletin Semasa KEKAL JUAL AIR DALAM PLASTIK DEMI BERSEDEKAH

KEKAL JUAL AIR DALAM PLASTIK DEMI BERSEDEKAH

193
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Hanya dengan RM5, kini orang ramai dapat merasa pelbagai jenis air balang.

Tanpa mengira soal keuntungan, anak muda dari pasir mas kini tekad berniaga sambil bersedekah.

Team IMedikel TV sempat membuat tinjauan dan menemubual peniaga air balang itu, di Kota Bharu.

Afham, 25, menjual air balang pada harga rm5 untuk tiga plastik.

Ini sekaligus menarik perhatian ramai peminat air balang, khususnya kita masih berada dalam cuaca panas.

Katanya, keistimewaan air balangnya membawa satu keunikan menjadikan ramai pelanggan datang untuk membeli tidak kira dari negeri ini mahupun negeri luar yang berkunjung ke sini.

Afham berkata, dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar di politeknik kota bharu, demi menceburi minatnya dalam dunia perniagaan yang penuh pancaroba.

Saya jual dalam plastik ni sebab saya nak kekalkan harga saya ni sampai bila-bila la sebab kalau dalam gelas saya tak boleh buat harga macam tu,”katanya.

Afham berkata, niatnya hanya ingin bersedekah sekaligus memberi peluang pada orang ramai untuk merasa air balang dijualnya dengan harga murah.

Menurutnya, jualan di kedainya mendapat sambutan baik sehingga tidak menang tangan daripada pihaknya.

Tambah Afham, kualiti air yang dijualnya sangat penting demi memberi kepuasan terhadap pelanggan yang merasainya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here