Home Buletin Semasa KES VIDEO TIDAK SENONOH DENGAN KUCING: SUSPEK 49 TAHUN DIREMAN

KES VIDEO TIDAK SENONOH DENGAN KUCING: SUSPEK 49 TAHUN DIREMAN

Oleh: Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis akan memohon perintah reman lanjut terhadap seorang lelaki berusia 49 tahun yang disyaki terbabit dalam perlakuan tidak senonoh terhadap seekor kucing, susulan penularan video berkaitan kejadian itu.

Suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan satu rekod jenayah pecah rumah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, suspek sebelum ini menjalani ujian saringan dadah yang menunjukkan keputusan negatif.

“Siasatan lanjut masih diperlukan bagi menentukan tindakan seterusnya berhubung kes berkenaan.

“Dalam pada itu, sebanyak 10 ekor kucing yang berada di rumah suspek akan diselamatkan dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat,” katanya.

Beliau berkata kucing berkenaan juga akan dihantar kepada doktor veterinar bagi mendapatkan pemeriksaan dan pengesahan lanjut mengenai keadaannya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here