Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Seramai 42 anggota Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) Penjara Penor terpilih menyertai latihan Light Strike Forca (LSF), di sini kelmarin.
Latihan yang diadakan dua siri itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota menghadapi sebarang kemungkinan kejadian tidak diingini membabitkan prospek.
Timbalan Pengarah Penjara Penor, Penguasa Penjara (PP) Mohamad Hasnor Abd Hamid berkata, latihan turut dapat meningkatkan tahap disiplin, kompetensi dan kecekapan anggota UKP dalam melaksanakan tugas kawalan dan pencegahan bagi menghadapi situasi kecemasan dan ancaman keselamatan di institusi.

Katanya, latihan ini turut memberi penekanan terhadap pemantapan kerjasama berpasukan, penyelarasan tindakan, kecekapan tindak balas serta pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Pelaksanaan latihan secara berkala ini diharapkan dapat memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan warga UKP dalam menghadapi sebarang situasi yang memerlukan tindakan pantas, teratur dan berkesan.
“Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan Penjara Penor dalam memastikan aspek keselamatan, ketenteraman dan kawalan sentiasa berada pada tahap yang optimum,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

Latihan yang turut menguji kekuatan fizikal dan mental anggota disertai dua Pegawai Kanan serta 40 anggota lain-lain pangkat.
Rata-rata peserta berpendapatan latihan yang diadakan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku membabitkan prospek dalam penjara. Berhadapan dengan situasi rusuhan prospek antara tugas yang perlu dihadapi.
IMedikel TV






