KUALA LUMPUR: Pasangan popular, Bella Astillah dan Syed Saddiq atau BASS terus menarik perhatian ramai menerusi perkongsian aktiviti masing-masing yang kini tinggal dua hari untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.
Memetik laporan Berita Harian, Bella, 32, dalam hantaran foto dimuatnaik di Instagram (IG) meluahkan perasaan syukurnya dalam menghitung hari menuju ke fasa kehidupan baharu untuk bergelar isteri semula.
“Mengira hari sehingga saya melangkah ke bab baru yamg indah, insya-Allah.
“10/10, 18,10,” tulisnya pada hantaran yang dikemaskini itu dan mendapat maklum balas positif dengan ucapan tahniah daripada rakan selebritu serta pengikut setia BASS.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan,” komen pelakon, Betty Rahmad.
“Whoot woor…isteri kepada lelaki paling manis,” ucapan daripada pelakon, Liyana Jasmay berserta emoji hati berwarna merah.
“Sangat gembira untuk kalian berdua,” komen pelakon Catriona Ross dengan emoji hati warna merah.
Sementara itu, Syed Saddiq pada hantaran di IG turut memuat naik video dia bersenam di treadmill dalam rumah berikutan cuaca jerebu, namun harus mamastikan kesihatan badan sihat dan cergas.
“Senaman wajib diteruskan untuk persediaan hari yang istimewa.
“A healthy mind is a healthy body (Minda yang sihat mencerminkan tubuh yang sihat),” tulisnya.
Meninjau pada rungan komen, pelakon, Hairul Azreen meningalkan ucapan lucu dan semangat buat Syed Saddiq.
“Jogging boleh borak lagi! Next level,” ujarnya.
Pada Sabtu ini iaitu 10 Oktober, Syed Saddiq dan Bella Astillah akan melangsungkan majlis pernikahan mereka di aras 118, Menara Merdeka Maybank dengan konsep serba putih disulami elemen Arab atau Islamik.
Selepas acara pernikahan bakal diadakan juga dua majlis resepsi dengan tema Kenduri Rakyat di kampung halaman mereka iaitu di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.
Syed Saddiq dan Bella Astillah yang juga ibu tunggal dua cahaya mata mula berkenalan dan semakin rapat pada 2025, sebelum mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – BH Online –
IMedikel TV






