Home Buletin Semasa RUMAH SEPARUH KEKAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN 

RUMAH SEPARUH KEKAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN 

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Batang Merbau, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 3.07 pagi sebelum panggilan diterima pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Muhamad Najmi Mat Yusoff berkata, sepasukan anggota dari BBP Tanah Merah dengan bantuan BBP Kemahang digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan.

“Jentera tiba di lokasi pada jam 3.20 pagi, kira-kira 19.7 kilometer dari balai.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 60 kali 40 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.47 pagi.

Seramai 13 anggota terlibat dalam operasi itu dengan aset terdiri daripada sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah lori tangki air.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here