Home Buletin Semasa GRADUAN TVETMARA LEDANG TEMBUS UNIVERSITY OF LEICESTER, TERIMA PENGECUALIAN PENUH YURAN

GRADUAN TVETMARA LEDANG TEMBUS UNIVERSITY OF LEICESTER, TERIMA PENGECUALIAN PENUH YURAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Graduan TVETMARA Ledang, Tangkak Johor, Farah Ezreen Anuar, melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Master of Engineering (MEng) Biomedical Engineering di University of Leicester, United Kingdom.

Lebih membanggakan, graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal) TVETMARA Ledang itu turut terpilih sebagai antara hanya 30 calon pelajar yang menerima Full Tuition Fee Waiver, iaitu pengecualian penuh yuran pengajian daripada universiti berkenaan.

Menerusi kenyataan di laman rasmi TVETMARA, Farah Ezreen dilaporkan selamat tiba dan selesai menjalani proses pendaftaran di University of Leicester.

“Pencapaian itu bukan sahaja menjadi kebanggaan buat Farah Ezreen dan keluarganya, malah turut membuktikan keupayaan graduan TVETMARA untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa.

“Kejayaan berkenaan juga memperlihatkan potensi graduan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), mampu melangkah jauh dan bersaing di pentas antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

TVETMARA turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Farah Ezreen serta berharap kejayaan itu menjadi inspirasi kepada kepada generasi pelajar TVETMARA Ledang yang lain. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here