Home Buletin Semasa HUJAN LEBAT TIGA JAM PUNCA TANAH RUNTUH DI KAMPUNG SUNGAI UBI –...

HUJAN LEBAT TIGA JAM PUNCA TANAH RUNTUH DI KAMPUNG SUNGAI UBI – PENGARAH APM

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh yang merobohkan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ubi, di sini semalam.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan dua kenderaan milik penduduk yang diletakkan dibawah dewan terbabit rosak teruk.

Pengarah Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata dua kejadian tanah runtuh turut berlaku di jalan utama menuju ke Kampung Sungai Ubi dan usaha mengalihkan runtuhan yang menghalang laluan penduduk kampung telah selesai dilakukan.

Menurutnya, hujan dikatakan bermula kira-kira 12 malam dengan kadar lebat mencecah 58.8 milimeter (mm), faktor berkenaan menjadi punca utama berlakunya kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Ubi.

“Kejadian berkenaan menyebabkan seramai 110 ketua isi rumah dan 332 isi rumah terjejas terutama apabila berlaku dua kejadian tanah runtuh dilaluan utama ke kampung terbabit, aktiviti mengalihkan tanah sudah selesai dilakukan pihak berkaitan.

“Agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berada dilokasi kejadian untuk memantau serta mengumpul maklumat.

“Tindakan selanjutnya dilakukan oleh jabatan dan agensi berkenaan di bawah seliaan Sekretariat Bencana Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD),” katanya, di sini semalam.

Kejadian hujan lebat semalam turut menyebabkan kawasan rendah dinaiki air berikutan limpahan air parit yang turut membawa bersama pelbagai sampah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here