Home Buletin Semasa KPDN PAHANG SITA 200 LITER DIESEL BERNILAI RM81,000, TAHAN TIGA LELAKI 

KPDN PAHANG SITA 200 LITER DIESEL BERNILAI RM81,000, TAHAN TIGA LELAKI 

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menyita 200 liter diesel bernilai RM81,000 menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di stesen minyak di Jalan Sungai Lembing, dekat sini, semalam.

Turut ditahan tiga lelaki bagi membantu siasatan apabila mereka dikesan mengisi minyak secara berulang kedalam sejenis tong dibahagian belakang kenderaan pacuan empat roda yang mereka gunakan.

Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin, berkata ketika operasi penguatkuasaan dilakukan pihaknya mengesan kenderaan pacuan empat roda yang disyaki melakukan pengisian diesel secara berulang ke dalam beberapa tong kenderaan terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga individu yang menjalankan aktiviti terbabit gagal mengemukakan dokumen atau permit sah berkaitan pembelian dan pemilikan barang kawalan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati cubaan memindahkan bahan api berkenaan dipercayai menggunakan ‘fleet card’ yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat pengangkutan.

“Kita bertindak dengan menyita kira-kira 200 liter cecair petroleum yang disyaki minyak diesel, 10 tong jerry can, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, ‘fleet card’, dua resit pembelian serta sampel cecair petroleum untuk tujuan siasatan lanjut.

“Keseluruhan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM81,000, tiga individu yang ditahan mengikut Seksyen 10(1), Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau menambah, kes ini disiasat mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961, memiliki atau mempunyai barangan kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah.

Jezlily berkata, pihaknya memandang serius sebarang kegiatan penyelewengan dan ketirisan barang kawalan serta bersubsidi. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Katanya, mereka yang mengetahui berlaku aktiviti menyalahi undang-undang berkaitan barangan kawalan boleh menghubungi pihaknya bagi tujuan siasatan dan tindakan undang-undang. Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here