Home Buletin Semasa EMPAT WARGA ASING DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL, DIKENAKAN SENARAI HITAM

EMPAT WARGA ASING DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL, DIKENAKAN SENARAI HITAM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor melaksanakan pemindahan empat tahanan warga asing ke negara asal masing-masing pada minggu pertama September 2026.

Menurut kenyataan menerusi laman rasmi JIM Johor, kesemua tahanan berkenaan terdiri daripada tiga warga China dan seorang warga Singapura yang ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas (DIPN).

“Proses penghantaran pulang dilaksanakan melalui dua pintu masuk utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Kompleks Bangunan Sultan Iskandar.

“Pembiayaan tiket bagi setiap penghantaran pulang tahanan ditanggung sepenuhnya menerusi simpanan peribadi tahanan, sumbangan ahli keluarga atau dalam kes tertentu, ditanggung oleh kedutaan negara berkenaan.

“Kesemua tahanan yang dihantar pulang turut dikenakan tindakan senarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia dan tidak dibenarkan memasuki semula Malaysia atas apa-apa tujuan dalam tempoh yang ditetapkan,” kata JIM.

Dalam pada itu, segala urusan berkaitan penghantaran pulang tahanan termasuk pembelian tiket boleh dilakukan di Kaunter Perkhidmatan yang disediakan di Depot Imigresen Pekan Nenas.

JIM Johor menegaskan tiada sebarang caj perkhidmatan dikenakan bagi urusan berkenaan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Rekod dan Pemindahan DIPN di talian 07-699 3540 atau menerusi Sistem Pertanyaan Online (SPO).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here