Home Buletin Semasa KOS SARA HIDUP TINGGI MEMBAWA KEGUSARAN

KOS SARA HIDUP TINGGI MEMBAWA KEGUSARAN

198
0

KOTA BHARU: Menjadi kebimbangan segelintir masyrakat tentang isu kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

Harga barangan yang kian melonjak semakin menambah kegusaran orang ramai.

Hal ini menggugat poket masyarakat yang mempunyai pendapatan yang kurang memberangsangkan terutamanya dalam kategori B40.

Segelintir masyarakat perlu menanggung kos yang tinggi bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga keperluan-keperluan lain.

Sementara itu bagi sesetengah masyarakat yang berniaga harga barangan yang tinggi sangat menyukarkan mereka untuk meletakkan harga yang murah kepada orang awam.

Team Imedikel TV berkesempatan menemu bual peniaga kecil di sekitar Kota Bharu, hari ini.

Mohd Latfi Amir, 27, dari Pasir Putih berkata kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang membuatkan dia sebagai peniaga kecil yang menjual apam balik gusar kerana harga barangan meningkat terutamanya harga gula.

“Pada pendapat saya, bagi peniaga-peniaga kecil macam saya amat sukar lah, sebab harga meingkat kan, kalau boleh biarlah mengikut keadaan sekarang kurangkanlah harga, sebab untuk orang yang berniaga macam ni tak padanlah dengan kos harga barangan yang meningkat,” katanya.

Menurut Mohd Latfi dia berharap agar pihak yang bertanggungjawab menstabilkan semula harga barangan yang sedia ada kepada harga yang bersesuaian.

Sumber: Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here