Home Hiburan TIADA BETUL ATAU SALAH DALAM SENI – NADHIR NASAR

TIADA BETUL ATAU SALAH DALAM SENI – NADHIR NASAR

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadhir Nasar tidak menganggap ekspektasi tinggi yang diletakkan orang ramai terhadap dirinya sebagai satu tekanan buatnya.

Memetik laporan Harian Metro, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata, setiap karya dihasilkannya adalah seni yang tidak mempunyai kayu ukur betul atau salah secara mutlak.

“Nak kata pressure (tertekan), tidaklah sangat kepada diri saya sebab pada akhirnya, apa yang saya lakukan ini adalah seni. Tak ada betul, tak ada salah.

“Ibarat memasak, kadang-kadang apa yang kita masak itu tak sedap bagi sesetengah orang, tapi ada pula yang rasa sedap. Jadi, itulah dia, tiada yang betul atau salah dalam seni,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Dalam pada itu, meskipun dirinya menganggap masih ‘hijau’ dalam industri seni, begitupun nama pelakon filem Chelot itu sudah cukup kuat untuk menjadi jaminan kualiti bagi penonton memilih sesebuah karya.

Mengulas perkara itu, Nadhir meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kepercayaan yang diterimanya ketika ini adalah hasil titik peluh serta kerja keras yang dilakukannya.

“Alhamdulillah, hard work pays off (kerja keras membuahkan hasil). Saya bukanlah berada di mana saya berada hari ini tanpa bekerja keras. Saya bekerja keras setiap hari.

“Saya sentiasa mahu menjadi lebih baik, belajar setiap hari, menyebarkan aura positif kepada orang ramai dan kalau boleh, mahu menjadi yang terbaik,” katanya lagi.

Menurutnya, untuk memastikan karya-karya yang dibintanginya memberikan impak, dia perlu sentiasa bekerjasama dengan tenaga kerja yang hebat selain terus konsisten untuk bekerja keras. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here