Home Sukan JDT TAMATKAN PERSIAPAN DENGAN KEMENANGAN DI SEPANYOL

JDT TAMATKAN PERSIAPAN DENGAN KEMENANGAN DI SEPANYOL

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup aksi pra musim mereka di bumi Sepanyol dengan bergaya selepas menewaskan kelab FC Cartagena 2-0, awal pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, pada aksi itu, bintang sensasi Harimau Selatan, Arif Aiman diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan dengan dua jaringan mereka dihasilkan Oscar Arribas dan Marcos Guilherme pada minit ke-48 dan 61.

Pertembungan itu adalah perlawanan kelapan skuad kendalian Xisco Munoz dalam aksi pra musim di Sepanyol dan kemenangan kedua direkodkan selepas membelasah CD Contestano 8-0, 21 Julai lalu.

Selain dua kemenangan, JDT yang mengharungi aksi pra musim di negara itu sejak 16 Julai lalu turut merekodkan lima keputusan seri berdepan Rangers, Elche CF, UD Castellonense, Costa City, AFE dan Qatar SC serta mencatat satu kekalahan kepada kelab Arab Saudi, Al Ettifaq.

Juara bertahan Liga Super 12 kali berturut-turut itu seterusnya akan mengharungi aksi bersejarah apabila akan berdepan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, 9 Ogos ini.

Skuad Harimau Selatan akan membuka tirai kempen Liga Malaysia 2026-2027 dalam aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim berdepan naib juara Liga Super musim lalu, Kuching City, 21 Ogos ini. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here