Home Hiburan TO’KI ANGGAP PERTEMUAN DENGAN IDOLANYA, RAHIM MAAROF CUKUP ISTIMEWA

TO’KI ANGGAP PERTEMUAN DENGAN IDOLANYA, RAHIM MAAROF CUKUP ISTIMEWA

39
0

Kuala Lumpur : “Momen paling sedih malam konsert semalam bila saya bertemu sahabat lama, penyanyi Rahim Maarof.

Memetik laporan Harian Metro, “Walaupun dalam keadaan sakit, Rahim Maarof masih gagah menyanyi. Penonton-penonton di sekeliling turut enjoy menyanyi lagu-lagu Rahim Maarof seiring dengan penyanyi di pentas,”.

Demikian kata penyanyi dan komposer veteran, To’ki berkongsi kenangan indah kembali bertemu idolanya sejak dahulu ini.

To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur menganggap pertemuan ini sesuatu yang istimewa selepas agak lama tidak bertemu Rahim yang berehat panjang akibat tekanan darah tinggi pada Mac 2023.

Kedua-dua mereka tampil dalam acara BLANK Jom Santai X Syahmi Sazli yang berlangsung di Parking, Mydin Mall, Tunjong, Kota Bharu, malam tadi.

To’ki turut mengambil kesempatan menyantuni Rahim dan bertanya khabar penyanyi lagu popular Usang dan Istana Menanti ini. Malah dia turut mengalirkan air mata semasa Rahim membuat persembahan.

Dalam perkembangan berkaitan, To’ki turut bersyukur kerana mendapat perhatian pempengaruh dan usahawan terkenal, Syahmi Sazli yang mengundangnya untuk terbabit dalam siri program ini.

“Sebelum ini di Temerloh dan semalam di Kota Bharu. Syukur peminat dah mula menerima kehadiran saya semula dalam industri.

“Orang dah yakin dengan nyanyian saya. Lagu-lagu saya pun banyak dan ada yang tak dinyanyikan lagi kepada mereka. Jadi saya menyeru kepada mana-mana penganjur acara agar mengundang saya menyanyi.

“Saya harap agar peluang ini diberikan kepada saya. Lagipun saya rindu nak bertemu peminat di seluruh pelosok tanah air,” katanya.

Selain aktif menyanyi di TikTok, To’ki yang mula meniti populariti menerusi lagu Biasam, kini turut mengendalikan program pencarian bakat di platform terbabit.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here