Home Buletin Semasa JBPM KELANTAN GESA PENGUSAHA INAP DESA UTAMAKAN ASPEK KESELAMATAN KEBAKARAN

JBPM KELANTAN GESA PENGUSAHA INAP DESA UTAMAKAN ASPEK KESELAMATAN KEBAKARAN

52
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggesa pengusaha inap desa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan kebakaran bagi memastikan keselamatan penghuni sentiasa terjamin.

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, fokus utama jabatan itu bukan terhadap urusan pendaftaran inap desa, sebaliknya memastikan premis berkenaan memenuhi keperluan keselamatan kebakaran.

“Kami tidak melihat kepada aspek pendaftaran inap desa kerana perkara itu bukan di bawah bidang kuasa bomba. Apa yang kami beri perhatian ialah aspek keselamatan kebakaran di inap desa itu sendiri.

“Yang paling penting ialah keselamatan penghuni,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Fire Point Bomba Komuniti di Pulau Teluk Renjuna, Tumpat, hari ini

Bahkan menurut beliau bukan sahaja inap desa, malah ia termasuk aspek keselamatan hotel bajet dan rumah tumpangan.

Menurutnya, JBPM Kelantan mula melaksanakan pendekatan itu pada tahun ini dengan mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha inap desa.

“Bagaimanapun terdapat pengusaha yang tidak hadir walaupun temu janji sudah ditetapkan,”katanya.

Farhan Sufyan berkata, selain laluan keluar kecemasan, perkara paling asas yang perlu disediakan di setiap inap desa ialah alat pemadam api.

“Sekurang-kurangnya untuk inap desa perlu ada alat pemadam api,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here