Home Sukan RONALDO CURI PERHATIAN, SAPA KAKITANGAN LAPANGAN TERBANG

RONALDO CURI PERHATIAN, SAPA KAKITANGAN LAPANGAN TERBANG

28
0

LISBON: Cristiano Ronaldo sekali lagi mencuri perhatian, bukan kerana aksi di atas padang, sebaliknya sikap rendah dirinya ketika tiba di Lisbon bersama skuad Portugal selepas tamat kempen Piala Dunia.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, sebelum menaiki jet peribadinya, pemenang lima kali Ballon d’Or itu meluangkan masa menyapa setiap kakitangan lapangan terbang yang menunggunya.

Ronaldo berjabat tangan, mengukir senyuman dan turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada setiap anggota pasukannya sebelum meneruskan perjalanan.

Rakaman detik itu pantas tular di media sosial kerana memaparkan sisi peribadi Ronaldo yang sering diperkatakan peminat, namun jarang menjadi perhatian umum.

Di sebalik statusnya sebagai antara bintang bola sepak terbesar dunia, tindakan ringkas itu mencerminkan rasa hormat terhadap individu di sekelilingnya, sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang menganggap pemain berusia 41 tahun itu bersikap angkuh atau sukar didekati. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here