Home Hiburan TIDAK SEMUA FAHAM APA YANG SAYA HADAPI – ABBY ABADI

TIDAK SEMUA FAHAM APA YANG SAYA HADAPI – ABBY ABADI

44
0

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pelakon, Abby Abadi menepis dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan perniagaan sebagai punca dia bertindak terbuka membuat hantaran berkongsi kisah lalu mengenai peribadi keluarga di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 49, menerusi hantaran dikongsikan di Threads berkata dia bagaimanapun faham tidak semua pihak memahami apa yang pernah dihadapinya itu dan meminta menyekat sahaja akaunnya jika tidak berminat.

“Ada yang kata saya keluar cerita ini sebab berniaga… Aduhai, saya tengok ada je (sahaja) yang faham. Yang tak faham tak apa la, abaikan jelah ok.

“Yang tak berminat pun block (sekat) je (sahaja) senang. Cakap tak suka, tak minat tak ambil tahu, tapi follow (ikut) kita… dah kenapa.

“Saya berniaga dari 2015. Masuk link (pautan), masuk video iklan, buat live (siaran langsung) tiap-tiap hari, tanpa henti!… mana ada sebab isu berbangkit je (sahaja) baru masuk iklan berniaga. 

“Tiap-tiap hari kerja ye. Saya ini jenis sedar diri, banyak tanggungjawab. Tak suka block (sekat) ok,” tulisnya pada hantaran itu.

Pada penjelasan tegas berkenaan, Abby tampil lantang mempertahankan dirinya sekali gus menyangkal dakwaan kurang berasas segelintir pihak mengenai perkongsian dibuatnya di akaun media sosial sendiri.

Baru-baru ini, Abby menjadi perhatian ramai selepas berkongsi hantaran ucapan selamat hari jadi ke-21 buat anak perempuannya juga pempengaruh sensasi, Marissa Dania Hakim.

Tidak hanya itu, Abby turut difahamkan tidak hadir ke acara majlis sambutan hari jadi Marissa yang diraikannya meriah bersama bapa, Norman Hakim, 50 dan ibu tiri, Memey Suhaiza.

Justeru, dikatakan bermula dari situ hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian ramai selepas penyanyi juga anggota kumpulan Elite terbabit didapati memuatnaik beberapa hantaran luahannya dipercayai berkait rapat dengan kemelut keluarga.

Marissa adalah anak kedua Abby bersama bekas suami, Norman selain dua lagi cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Maria Danisha Hakim, 18.

Pasangan selebriti, Norman dan Abby pernah bernikah pada 2002, namun bercerai pada 2009. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here