Home Sukan 70 PASUKAN MERIAHKAN LIGA SEPAK PENALTI TERBUKA KELANTAN 2026 DI GUA MUSANG

70 PASUKAN MERIAHKAN LIGA SEPAK PENALTI TERBUKA KELANTAN 2026 DI GUA MUSANG

43
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Liga Sepak Penalti Terbuka Kelantan 2026 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Kundur berjaya menarik penyertaan sebanyak 70 pasukan dari pelbagai negeri, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa terhadap penganjuran kejohanan tersebut.

Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan menerusi laman rasmi memaklumkan, kejohanan anjuran Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) itu menghimpunkan peserta dari Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Melaka dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.

“Program berkenaan dianjurkan sebagai usaha memperkasa pembangunan sukan komuniti selain menggalakkan penglibatan golongan belia dan masyarakat dalam aktiviti sukan yang sihat, aktif serta berdaya saing.

“Bagi menambah kemeriahan pertandingan, penganjur menawarkan hadiah wang tunai dan trofi kepada pasukan yang berjaya menamatkan saingan di kedudukan terbaik,”menurut kenytaan itu.

Menurut kenyataan, pasukan yang muncul juara membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta trofi, manakala naib juara menerima RM1,000 dan tempat ketiga memperoleh RM500.

Turut hadir memeriahkan kejohanan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim  Timbalan Pengarah JBS Negeri Kelantan, Hazri Nizam Zakaria serta Pengerusi MGBK, Khairul Azhar Kamaruzaman.

Penganjuran Liga Sepak Penalti Terbuka Kelantan 2026 diharap dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dari pelbagai negeri.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here