Home Buletin Semasa ICU JPM JAMIN BANTUAN RAKYAT TIDAK TERJEJAS, PENYALURAN PERUNTUKAN DITERUSKAN

ICU JPM JAMIN BANTUAN RAKYAT TIDAK TERJEJAS, PENYALURAN PERUNTUKAN DITERUSKAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) memberi jaminan bahawa segala bentuk bantuan dan peruntukan kepada rakyat akan terus disalurkan seperti biasa meskipun timbul isu berkaitan capaian peruntukan menerusi sistem MyKHAS yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, ICU JPM memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum isu berkenaan dan menegaskan segala peruntukan yang membabitkan kepentingan rakyat akan terus dikendalikan serta disalurkan secara langsung bagi memastikan keperluan dan kebajikan mereka tidak terjejas.

Sehubungan itu, ICU JPM ingin menegaskan bahawa segala bentuk peruntukan kepada rakyat akan tetap disalur dan dikendalikan secara langsung demi memastikan keperluan dan kebajikan mereka dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

“Segala bentuk peruntukan kepada rakyat akan tetap disalur dan dikendalikan secara langsung demi memastikan keperluan dan kebajikan mereka dapat diteruskan tanpa sebarang masalah,” menurut kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, ICU JPM menegaskan komitmennya untuk terus memainkan peranan sebagai agensi penyelaras pelaksanaan program kerajaan secara tertib dan berkesan.

“JPM juga akan menjalankan peranan sebagai agensi penyelaras dengan penuh tertib bagi memastikan pelaksanaan program dan inisiatif kerajaan berjalan lancar, tersusun serta memberi manfaat kepada masyarakat,”menurut kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here