Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
MACHANG: Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29.4 Jalan Lama Kota Bharu-Kuala Krai, Pekan Pulai Chondong, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Machang, Superitendan Azuhar Md Nor berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan motosikal jenis SYM BX110 dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal, lelaki berusia 44 tahun, mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Zon Merah Hospital Machang.
“Pemandu serta penumpang kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
IMedikel TV






