Home Buletin Semasa RUMAH MUSNAH 80 PERATUS DALAM KEBAKARAN DI MACHANG

RUMAH MUSNAH 80 PERATUS DALAM KEBAKARAN DI MACHANG

70
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

MACHANG: Sebuah rumah separuh kekal di Lorong Madrasah Kuala Sat, di sini, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Suhaimi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Peneyelamat (BBP) Machang dan Tanah Merah digerakkan ke lokasi.

“Jentera bomba tiba kira-kira 14 minit kemudian dengan jarak 13 kilometer.

“Kebakaran melibatkan api rumah jenis separuh kekal dengan keluasan rumah 40×70 kaki, peratusan kebakaran 80 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa.

Seramai 11 anggota bersama dua jentera terlibat dalam operasi berkenaan.

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here