Home Buletin Semasa LIMA SBP PERINTIS TVET-AI TAHUN INI – KPM 

LIMA SBP PERINTIS TVET-AI TAHUN INI – KPM 

18
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Lima Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terpilih bakal menjadi perintis pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional berteraskan Kecerdasan Buatan (TVET-AI) sebelum dikembangkan lagi pada masa hadapan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan justeru kerjasama dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Multimedia (MMU) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd pada Isnin itu 

“MoU ini adalah cerminan komitmen KPM memastikan agenda reformasi pendidikan yang memacu kecemerlangan akademik dengan kemahiran teknikal masa hadapan menerusi integrasi kecerdasan buatan (Al).

“Langkah strategik ini memberi nilai tambah signifikan kepada usaha Kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran murid melalui penyediaan sijil profesional Huawei Certified ICT Associate Intelligence (HCIA-AI) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Artificial,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Prakarsa TVET-Al juga bertepatan dengan agenda Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13) dan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

“Ia memberikan tumpuan kepada penciptaan bakat masa hadapan, memperkukuh ekosistem pendidikan TVET serta menggalakkan kerjasama strategik dengan industri dan akademia,”jelas kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here