Home Buletin Semasa KES DADAH YUYU: PERTUDUHAN DIPINDA, BUKAN DIBEBASKAN – POLIS KELANTAN

KES DADAH YUYU: PERTUDUHAN DIPINDA, BUKAN DIBEBASKAN – POLIS KELANTAN

22
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis Kelantan menegaskan pemilik salun dan kedai makan, Nur Ayu Fatihah Zaudi, yang dikaitkan dengan kes dadah di negeri ini bukan dibebaskan sebaliknya hanya dijamin mahkamah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pertuduhan terhadap wanita yang dikenali sebagai “Yuyu” itu dipinda daripada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada Seksyen 39A (1) akta sama.

“Wanita terbabit masih berdepan proses perundangan, namun diberikan jaminan sebanyak RM10,000 sementara menunggu tindakan lanjut kes berkenaan.

“Dia bukan dibebaskan lagi, cuma telah dituduh dan dijamin mahkamah sahaja,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Menurut beliau, perubahan pertuduhan itu dibuat selepas hasil laporan kimia menunjukkan terdapat perbezaan dari segi berat bahan rampasan yang dihantar untuk analisis.

Katanya selain Yuyu terdapat seorang lagi suspek didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Manakala dua lagi suspek, termasuk suami wanita terbabit kekal dengan pertuduhan mengikut Seksyen 39B,”katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemilik salun dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga didakwa di Mahkamah Majistret Pasir Mas pada 10 Julai tahun lalu atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis pil kuda di tiga lokasi berasingan.

Semasa perbicaraan tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh iaitu Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, Mohd Faizal Ismail, 35, Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39, dan Mohamad Asmawi Janudin, 25, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here