Home Hiburan WATAK HANG TUAH TERLALU BESAR UNTUK SAYA – AHMIR AHNAF

WATAK HANG TUAH TERLALU BESAR UNTUK SAYA – AHMIR AHNAF

42
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf akur dia bukan pilihan untuk menggalas watak utama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).

Menerusi perkongsian Threads, Amir, 24, mengakui karakter Hang Tuah terlalu besar buat dirinya selain merasakan kemampuannya masih belum cukup matang untuk memikul tanggungjawab itu, buat masa ini.

“Terima kasih atas kepercayaan. Karakter itu terlalu besar untuk saya, kapasiti saya masih belum matang dan mampu,” katanya.

Sebelum ini, bintang drama Projek: High Council itu hangat diperkatakan dalam media sosial apabila peminat menamakan dirinya antara calon sesuai untuk menghidupkan semula watak pahlawan legenda berkenaan.

Bagaimanapun, Amir berpandangan dia masih perlu memperbaiki mutu lakonan sebelum melangkah ke pentas berskala besar seperti PGLM.

“Insya-Allah ada rezeki di lain hari. Tahniah buat yang ditakdirkan,” katanya.

Dalam pada itu, penerbit dan pengasas Enfiniti Group, Tiara Jacquelina turut memberi kata-kata semangat kepada Amir susulan kenyataannya itu.

Tiara berkata, perjalanan seni Amir masih panjang dan percaya mereka bakal bekerjasama, suatu hari nanti.

“Suatu hari nanti insya-Allah kita akan bekerjasama. Perjalanan awak baru sahaja bermula, Amir. Masih banyak lagi pencapaian yang akan awak raih sepanjang karier,” katanya.

Terdahulu, pihak produksi PGLM mengumumkan Aisha Retno dan Mila Mohsin bakal menggalas watak

Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah bagi pementasan baharu itu.

Pementasan teater muzikal PGLM sebelum ini pernah mencetuskan fenomena luar biasa dalam industri seni tanah air apabila watak Hang Tuah dijayakan dengan cemerlang oleh Stephen Rahman-Hughes.

Sehingga kini, identiti pelakon yang bakal membawa watak pahlawan Melayu legenda itu masih menjadi tanda tanya dan terus mengundang teka-teki dalam kalangan peminat teater tempatan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here