Home Buletin Semasa PELAJAR TINGKATAN SATU MENINGGAL DUNIA SELEPAS TIDAK SEDARKAN DIRI DI ASRAMA

PELAJAR TINGKATAN SATU MENINGGAL DUNIA SELEPAS TIDAK SEDARKAN DIRI DI ASRAMA

33
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah di Paloh, di sini meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat pendarahan spontan di bahagian kepala serta paru-paru berair.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pada jam 8.53 pagi semalam, pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri di asrama sekolah.

Katanya, selepas itu mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 oleh pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan.

Susulan itu, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak keluarga untuk urusan pengebumian.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga mangsa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here