Home Buletin Semasa MENGAKU BERSALAH MILIKI SENAPANG ANGIN, PEMBANTU KEDAI DIDENDA RM3,800

MENGAKU BERSALAH MILIKI SENAPANG ANGIN, PEMBANTU KEDAI DIDENDA RM3,800

41
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang pembantu kedai didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki senapang angin tanpa permit pada minggu lalu.

Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Syahmi Mat Ghoni, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senapang angin tanpa sebarang permit atau lesen yang sah.

Perbuatan itu dilakukan di Kampung Nechang, di sini, pada jam lebih kurang 4.30 petang, Rabu lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Afiqah Amran.

Terdahulu, Mahfuzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Namun, Afiqah dalam rayuannya memohon agar mahkamah mengenakan hukuman denda paling minima kerana tertuduh memiliki senapang angin itu untuk menembak binatang liar seperti burung.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,800, jika gagal bayar penjara sembilan bulan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here