Home Buletin Semasa DUA LELAKI DITAHAN REMAN ENAM HARI, BANTU SIASATAN KES LELAKI OKU DITEMUI...

DUA LELAKI DITAHAN REMAN ENAM HARI, BANTU SIASATAN KES LELAKI OKU DITEMUI MAUT

49
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Dua lelaki berusia 25 tahun ditahan reman selama enam hari di Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Kampung Padang Lati, Bachok, 15 April lalu.

Perintah reman bermula hari ini hingga 15 Mei depan dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, dua suspek itu tiba di mahkamah pada 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap dan bergari serta diiringi anggota polis.

Kedua suspek ditangkap pada jam 1 dan 3 pagi tadi dan mempunyai hubungan sebagai rakan mangsa.

Pada 15 April, media melaporkan seorang lelaki OKU pembelajaran Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, maut dipercayai akibat dipukul.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia pada 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala dengan punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here