MONTEAL: Empat kanak-kanak maut selepas dihanyutkan air pasang ketika memancing di tebing sungai di wilayah Quebec, Kanada, kata polis semalam.
“Berdasarkan maklumat awal, sekumpulan sebelas orang sedang memancing ikan caplin, dengan berjalan kaki di sepanjang tepi sungai apabila mereka dibawa air pasang,” kata pasukan polis wilayah Surete Du Quebec kepada AFP.
Tragedi itu berlaku di sepanjang Sungai St Lawrence berhampiran Portneuf-sur-Ner, sebuah perbandaran di timur laut bandaraya Quebec.
Enam daripada mereka diselamatkan, manakala lima lagi hilang ketika pencarian oleh pihak berkuasa, semalaman.
Beberapa jam kemudian, empat kanak-kanak berusia lebih 10 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital, di mana ‘kematian mereka disahkan doktor’, menurut polis.
Usaha masih dijalankan penyelam dan menggunakan helikopter bagi mencari seorang lelaki berusia 30an yang masih hilang.
Sumber BH Online & AFP
Imedikel TV






