Home Sukan TEMPAHAN HOTEL UNTUK PIALA DUNIA HAMBAR

TEMPAHAN HOTEL UNTUK PIALA DUNIA HAMBAR

61
0

WASHINGTON: Kadar tempahan hotel di Amerika Syarikat (AS) bagi kejohanan Piala Dunia yang akan berlaku dalam sebulan lagi didapati jauh lebih rendah berbanding yang dijangkakan.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, persatuan Hotel dan Penginapan Amerika (AHLA) menjalankan tinjauan membabitkan ahlinya di 11 bandar raya tuan rumah perlawanan Piala Dunia termasuk New York dan Los Angeles dengan hasil kajian diumumkan semalam.

Sebanyak 80 peratus responden melaporkan tempahan hotel tidak mencapai paras yang dijangkakan, manakala 65 peratus lagi menyatakan isu visa dan masalah geopolitik semasa antara faktor yang menjejaskan permintaan.

Menurut Presiden AHLA, Rosanna Maeitta, pelbagai faktor menyebabkan keterujaan awal semakin berkurangan, walaupun petunjuk semasa masih menunjukkan ada peluang besar menjelang kejohanan ini.

“Untuk memaksimumkan peluang ini, AS dan FIFA perlu memastikan pelancong antarabangsa mendapat pengalaman yang mesra dan lancar ketika menghadiri kejohanan itu nanti,” katanya. 

AS menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Kanada dengan aksi pembukaan berlangsung di Mexico City pada 11 Jun ini, manakala final dijadual berlangsung di New Jersey pada 19 Julai.

Selain itu, Presiden AS, Donald Trump turut mempromosikan negara itu selaku tuan rumah bagi kejohanan bola sepak terbesar di dunia, namun beliau juga melaksanakan tindakan lebih tegas berkaitan visa bagi pelawat ke AS.

Pentadbiran Trump turut memberi jaminan kepada FIFA yang pemegang tiket akan dipermudahkan dalam urusan visa, namun setiap pemohon tetap akan melalui proses saringan yang ketat.

Kumpulan penyokong turut menyuarakan kebimbangan mengenai harga tiket yang terlalu tinggi, penjualan semula pada harga melampau serta kos pengangkutan untuk menghadiri perlawanan.

Laporan AHLA yang diterbitkan menerusi “Tinjauan Hotel Piala Dunia FIFA 2026” turut menggambarkan situasi suram buat industri perhotelan.

Di Kansas City, tempahan hotel dilaporkan jauh lebih rendah berbanding kadar biasa bagi Jun dan Julai.

Di Boston, Philadelphia, San Francisco dan Seattle pula, ramai pengusaha hotel menyifatkan kejohanan itu seperti bukan satu acara besar.–AFP, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here