Home Buletin Semasa RUMAH LADANG, KENDERAAN MUSNAH AKIBAT KEBAKARAN DI GUA MUSANG

RUMAH LADANG, KENDERAAN MUSNAH AKIBAT KEBAKARAN DI GUA MUSANG

51
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Sebuah rumah ladang di Jalan Sungai Asap B, Jeram Tekoh musnah dalam kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Muhammad Azrul Izzham Zulkifli dalam kenyataan, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Sebaik menerima panggilan pada jam 7.16 pagi, pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang terus diarahkan untuk ke lokasi kejadian sejauh 26 kilometer (km).

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati api sedang marak melibatkan rumah ladang sementara berkeluasan 30×30 kaki.

“Kebakaran itu turut memusnahkan kira-kira 70 peratus kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba bertindak melakukan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hose reel bersumberkan air daripada tangki jentera sehingga api berjaya dikawal.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian harta benda masih lagi dalam proses siasatan pihak berkuasa.

Operasi yang dijalankan bersama enam anggota itu terkawal pada jam 7.43 pagi.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here