Home Buletin Semasa ALIRAN TRAFIK JALAN GUA MUSANG – KUALA LIPIS SESAK 7 KM AKIBAT...

ALIRAN TRAFIK JALAN GUA MUSANG – KUALA LIPIS SESAK 7 KM AKIBAT TRELER TERBABAS

60
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Sebuah treler terbabas menyebabkan aliran trafik sesak sejauh 7 kilometer (km) di km 9 Jalan Gua Musang – Kuala Lipis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian kemalangan berlaku kira-kira jam 2.10 pagi apabila sebuah treler yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah Kuala Lipis menghala ke Gua Musang terbabas.

“Ketika sampai di lokasi kemalangan, treler jenis Scania terbabit terbabas sehingga melintang jalan ketika menuruni bukit di selekoh jalan akibat jalan licin serta membawa muatan yang berat.

“Akibat daripada kemalangan itu, aliran trafik menjadi sesak sejauh 7 km,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan pembantu treler terbabit mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Gua Musang bagi menerima rawatan awal.

Katanya, kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Jelas beliau, pengguna jalan raya perlu berhati-hati ketika memandu, rancang perjalanan, patuhi had laju dan jarak dengan kenderaan di hadapan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here