Home Hiburan AMIRA OTHMAN UMUM TINGGALKAN DUNIA LAKONAN, AKUI TIADA BAKAT

AMIRA OTHMAN UMUM TINGGALKAN DUNIA LAKONAN, AKUI TIADA BAKAT

14
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian penyanyi dan pelakon, Amira Othman, mengumumkan keputusan mengundurkan diri daripada dunia lakonan bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.

Amira berkata, lakonan bukan bidang kekuatannya dan dia mengakui tidak memiliki bakat semula jadi dalam cabang seni berkenaan.

“Sejujurnya, saya memang sudah tidak berlakon lagi. Saya betul-betul berhenti daripada dunia lakonan.

“Saya hanya berlakon untuk produk keluaran UTV kerana kami suami isteri adalah duta Amber dan sebahagian daripada komitmen itu memerlukan kami berlakon,” katanya.

Amira ditemui pada majlis tayangan telefilem Poskad Cinta Dari Istanbul bagi aplikasi UTV, di sini, malam tadi.

Menurut Amira, pembabitannya dalam telefilem berkenaan juga didorong faktor suami, Fattah Amin, selain komitmen sebagai duta produk.

“Kebetulan dapat berlakon bersama suami, jadi lebih mudah dan saya anggap sebagai rezeki.

“Datuk Nana pula sangat fleksibel dalam menyusun jadual kerja dan memahami keadaan saya,” katanya.

Amira berkata, keputusan meninggalkan bidang lakonan dibuat selepas menyedari minat dan jiwanya lebih cenderung kepada nyanyian.

“Saya rasa saya tidak pandai berlakon dan tidak mempunyai minat mendalam dalam bidang ini.

“Kalau komedi ringan mungkin boleh, tetapi watak berat biarlah diberikan kepada mereka yang lebih berbakat,” katanya.

Tambah Amira, pengalaman berlakon sebelum ini dianggap sebagai proses pembelajaran untuk menguji kemampuan diri dalam bidang berbeza.

Namun, kekangan masa dan tempoh penggambaran yang panjang menjadi antara faktor dia memilih untuk tidak lagi aktif berlakon.

“Kita tahu berlakon, terutama drama bersiri, sangat memakan masa.

“Saya tabik pelakon yang mampu bertahan lama di set penggambaran.

“Kalau menyanyi, persembahan mungkin hanya setengah jam. Jadi, lebih baik saya fokus kepada apa yang paling saya minati,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here