Home Luar Negara 29 MAUT DISERANG KUMPULAN BERSENJATA

29 MAUT DISERANG KUMPULAN BERSENJATA

10
0

JOS, NIGERIA: Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro kumpulan bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 29 orang di negeri Adamawa, timur laut Nigeria, menurut gabenor negeri, Isnin lalu.

Menurut penduduk tempatan memaklumkan penyerang turut menyasarkan golongan muda yang berkumpul di sebuah padang bola sepak.

Negeri Adamawa adalah kawasan panas yang sering dilanda keganasan oleh kumpulan jihad dan kumpulan jenayah tempatan yang dikenali sebagai penyamun selain kerap berlaku konflik perkauman berhubung pertikaian tanah.

Gabenor Ahmadu Umaru Fintiri yang melawat lokasi serangan pada Ahad itu mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 29 orang terkorban dalam serangan maut di komuniti Guyaku di kawasan Kerajaan Tempatan Gombi.

Jurucakapnya dalam satu hantaran di media sosial berkata, gabenor itu mengesahkan jumlah korban selepas melihat sendiri kesan kemusnahan di lokasi kejadian.

Penduduk tempatan, Philip Agabus memberitahu AFP bahawa serangan itu berlaku pada petang Ahad ketika penduduk berkumpul di padang bola sepak di komuniti Guyaku.

“Penduduk diserang oleh pemberontak yang memasuki kawasan itu dengan membawa senjata api dan melepaskan tembakan secara rambang,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Joshua Usman berkata, mereka yang terkorban termasuk golongan belia serta beberapa wanita yang sedang menonton perlawanan bola sepak berkenaan.

“Mereka juga membakar rumah ibadat, rumah penduduk dan motosikal di kawasan berkenaan,” kata Usman.

Pejabat gabenor negeri memaklumkan bahawa penyerang beroperasi selama beberapa jam, membunuh berpuluh-puluh penduduk, membakar rumah ibadat dan memusnahkan harta benda termasuk motosikal.

Kenyataan itu turut memetik ketua komuniti tempatan, Aggrey Ali yang menyaksikan sendiri kemusnahan harta benda penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, motif serangan itu masih belum dapat dipastikan setakat ini. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here