Home Hiburan KONSERT THE SOUNDSTAGE HIMPUNKAN NOSTALGIA AJL

KONSERT THE SOUNDSTAGE HIMPUNKAN NOSTALGIA AJL

8
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian bahang saingan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) semakin terasa selepas pengumuman Top 10 finalis baru-baru ini.

Seiring debaran yang semakin memuncak menuju malam kemuncak sebuah persembahan konsert khas iaitu The Soundstage bakal dibawakan khas sebagai pemanas pentas sekali gus menghidupkan kembali lagu-lagu hits AJL, dengan jualan tiket diumumkan secara rasmi menerusi program MBuzz.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur jam 8.30 malam pada 12 Jun depan, konsert ini menjanjikan sebuah perjalanan muzik yang dihidupkan secara langsung, membawa penonton menelusuri garis masa AJL selama 40 tahun.

Menggabungkan artis daripada generasi berbeza, pentas akan menampilkan penyanyi terkenal tanah air seperti Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana iaitu empat nama yang pernah meninggalkan impak tersendiri di pentas AJL.

Setiap artis akan membawakan pilihan lagu daripada legasi anugerah berprestij ini, menghimpunkan pelbagai karya dalam satu malam yang istimewa.

Daripada karya sendiri hingga interpretasi segar lagu-lagu yang pernah menjulang trofi, persembahan ini menggabungkan karya klasik dengan DNA seni tersendiri, sekali gus mengajak peminat menelusuri evolusi muzik tempatan yang mencorakkan industri selama empat dekad.

Bayangkan setiap bait lirik yang pernah mengisi memori lama kini bergema kembali dalam satu ruang yang cukup dekat.

The Soundstage membuka pintunya untuk penonton merasai semula magis lagu-lagu yang pernah mencipta fenomena dan menjadi siulan ramai.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam ini dan dapatkan tiket anda sekarang! Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi platform WOWTix di www.wowtix.com.my dengan harga RM159 (General Admission), RM179 (Gold Seat) dan RM229 (Premium Seat).

Nantikan juga pelbagai pengumuman menarik sempena AJL40 termasuk aktiviti eksklusif seperti sesi meet & greet dan banyak lagi.

Maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here