Home Luar Negara NAHAS DUA TREN DI BEKASI: ANGKA KORBAN MENINGKAT 5 ORANG

NAHAS DUA TREN DI BEKASI: ANGKA KORBAN MENINGKAT 5 ORANG

19
0

BEKASI, INDONESIA: Jumlah kematian akibat kemalangan antara kereta api jarak jauh Argo Bromo Anggrek dan kereta api Laluan Komuter di Stesen Bekasi Timur pada petang Isnin meningkat kepada lima orang.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, proses evakuasi masih berjalan, dan pegawai menghadapi kesukaran disebabkan oleh kereta api yang sesak.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Mohammad Syafii berkata, bilangan mangsa masih boleh berubah apabila proses evakuasi diteruskan.

“Pada masa ini, terdapat lima mangsa. Dan sudah tentu, proses pemindahan akan diteruskan, jadi jumlah keseluruhan mangsa masih belum ditentukan,” kata Syafii kepada media pada Selasa.–Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here