Home Buletin Semasa MARITIM KESAN BOT NELAYAN ASING GUNA TAKTIK LICIK NAIKKAN BENDERA MALAYSIA, TERENGGANU

MARITIM KESAN BOT NELAYAN ASING GUNA TAKTIK LICIK NAIKKAN BENDERA MALAYSIA, TERENGGANU

82
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan sebuah bot nelayan asing yang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menaikkan bendera Malaysia dan Terengganu di perairan negara, Sabtu lalu.

Pengarahnya Kapten Maritim Kamal Mohamad berkata ketika pihaknya mengesan taktik licik itu ketika sedang menjalankan rondaan Op Damai, Op Naga, Op Pelantar Merah dan Op Tiris kira-kira jam 3.30 petang.

“Ketika kita menghampiri mereka untuk pemeriksaan, bot berkenaan bertindak agresif dengan membuang peralatan seperti tali, pukat dan tong ke dalam laut selain enggan memberi kerjasama walaupun diarahkan berhenti.

“Bagaimanapun, mereka ditahan kira-kira 125 batu nautika dari perairan negara selepas berjaya dipintas oleh pihak berkuasa.

“Bot tersebut didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan menyamar dengan menaikkan bendera Malaysia dan Terengganu bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.

Kamal berkata, mereka yang ditahan adalah 13 kru warga asing berusia 19 hingga 60 tahun berada di atas bot itu dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

”Pemeriksaan awal mendapati mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara tanpa kebenaran yang sah.

”Sebanyak 500 kg hasil laut ditemui di atas bot dengan anggaran jumlah mencecah RM1.2 juta,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Perikanan 1985 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here