Home Luar Negara 20,000 PELAUT, 2,000 KAPAL TERKANDAS DI SELAT HORMUZ

20,000 PELAUT, 2,000 KAPAL TERKANDAS DI SELAT HORMUZ

32
0

TEHRAN: Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan bahawa hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Memetik laporan Bernama-MNA menerusi Harian Metro, IMO sedang menyiapkan pelan kecemasan bagi memindahkan hampir 20,000 pelaut dan sekitar 2,000 kapal yang terkandas di Selat Hormuz, menurut laporan media pada Rabu.

Setiausaha Agung IMO Arsenio Dominguez berkata, proses pemindahan itu tidak boleh dilaksanakan serentak kerana ia memerlukan penyelarasan rapi antara negara, memandangkan Selat Hormuz hanya kira-kira 30 kilometer lebar dan risiko keselamatan masih tinggi.-Bernama-MNA, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here