Home Luar Negara TRAGEDI CINTA TIGA SEGI: MAYAT LELAKI DISIMEN, DICAMPAK KE SUNGAI

TRAGEDI CINTA TIGA SEGI: MAYAT LELAKI DISIMEN, DICAMPAK KE SUNGAI

JAKARTA: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro dua lelaki ditangkap Polis Indonesia pada 25 Mac lalu berhubung pembunuhan seorang lelaki warganegara Singapura.

Memetik The Straits Times, mayat lelaki berusia 80 tahun itu ditemukan di Sungai Citanduy, Cilacap, Jawa Tengah pada 20 Februari lalu.

Ketua Polis Cilacap, Budi Adhy Buono berkata, seorang lagi lelaki yang disyaki dalang pembunuhan itu masih bebas.

Budi berkata, polis percaya kematian mangsa berkait dengan ‘cinta tiga segi’ membabitkan mangsa, seorang wanita dan dalang yang disyaki.

Katanya, mangsa dilaporkan hilang di Tanah Abang, Jakarta, tanpa tarikh laporan diberikan.

Difahamkan, notis orang hilang menyatakan mangsa terakhir kali dilihat memandu kereta biru menuju Bogor pada 16 Februari.

Dalam pada itu, kata Budi, selepas lelaki itu mati, suspek membalut mayat mangsa dengan plastik dan cadar sebelum menutupnya dengan lapisan simen. Mayat itu kemudian dibuang ke dalam sungai.

“Identiti mangsa disahkan melalui koordinasi dengan Polis Wilayah Metropolitan Greater Jakarta.

“Autopsi menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat dipukul di belakang leher menggunakan buluh.

“Mangsa dibunuh di sebuah rumah sewa di Sukabumi, Jawa Barat kira-kira 7.30 malam pada 16 Februari. Sukabumi terletak kira-kira 110 kilometer (km) selatan Jakarta dan hampir 400 km dari Cilacap,” katanya.

Budi berkata, mangsa yang sakit berada di Sukabumi untuk mendapatkan rawatan alternatif.

Katanya, dalang yang disyaki dipercayai cemburu dengan hubungan rakan wanitanya dengan mangsa, dan menjemput dua suspek merancang jenayah itu.

Menurut media sama, kes ini disiasat polis Sukabumi dan suspek akan didakwa dengan pembunuhan terancang serta berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here