Home Hiburan JANGAN BERLEBIH MEREKA-REKA CERITA – KATA ABBY ABADI KEPADA UMISYA

JANGAN BERLEBIH MEREKA-REKA CERITA – KATA ABBY ABADI KEPADA UMISYA

38
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian, Abby Abadi menafikan dakwaan konon pernah dinasihatkan pempengaruh, Umisya Mazlan, untuk membuat laporan polis bagi menghentikan gangguan Ahmad Aslam terhadap anaknya, Marissa Dania.

Abby mendakwa Umisya mengada-adakan cerita sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan warganet dan tanggapan itu tidak benar.

“Minta pihak mana buat laporan polis itu? Macam tuju kepada saya sahaja. Tulis dan berkali-kali jumpa… Tetapi sebenarnya, kami hanya berjumpa dua kali sahaja.

“Satunya (perjumpaan), pada awal-awal tahu Aslam dengan anak saya berhubung. Satu lagi, selepas tahu mereka bernikah di Thailand. Berkali-kali cakap itu berapa kali?

“Salah memang salah pun, anak saya masuk dalam hubungan ini. Tetapi, janganlah berlebihan mereka-reka cerita. Perkara yang tiada jangan diada-adakan,” tulisnya dalam hantaran Threads.

Dalam hantaran sama, Abby memberitahu dia dan keluarga sudah menasihati anaknya pada pertemuan pertama bersama Umisya. Selepas itu, tambahnya, mereka menganggap perkara itu selesai tanpa sebarang hubungan atau pertemuan lanjut dengan isteri pertama Ahmad Aslam itu.

“Selepas pertemuan pertama, kami sudah nasihat dan pesan kepada anak kami, Marissa. Segala nasihat sudah disampaikan dan perkara itu dianggap selesai. Selepas itu, saya tidak lagi berhubung atau berjumpa dengan pihak sana kerana ingat tidak berhubung lagi.

“Kemudian, timbul pula cerita yang mereka sudah lepas ke Thailand. Dipendekkan cerita, kami berjumpa sekali lagi, berkumpul semua di rumah Umisya atau Aslam. Itu adalah pertemuan terakhir. Tiada pula fasal suruh buat laporan polis. Tiba-tiba cakap fasal polis ini semua sudah kenapa?,” katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan Umisya mendakwa, sebelum ini, dia sudah berusaha menghalang perkahwinan antara Ahmad Aslam dan Marissa, termasuk berjumpa beberapa kali dengan keluarga Marissa.

Dakwanya, dia turut meminta keluarga Marissa membuat laporan polis untuk tidak mengganggu lagi anaknya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Marissa sering menjadi perhatian umum selepas dia dikhabarkan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023, sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi berpanjangan.

Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Ahmad Aslam masih berstatus suami kepada Umisya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here