Home Luar Negara HARGA MINYAK MELAMBUNG: SEOUL SEDIA LAKSANA SEKATAN PEMANDUAN

HARGA MINYAK MELAMBUNG: SEOUL SEDIA LAKSANA SEKATAN PEMANDUAN

57
0

SEOUL: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro Korea Selatan mungkin memperluas sekatan pemanduan termasuk orang awam jika harga minyak melebihi AS$120 (kira-kira RM483) seliter, kata Menteri Kewangan, Koo Yun Cheol pada Ahad lalu.

Memetik Bloomberg, langkah itu bertujuan mengurangkan impak perang Iran terhadap bekalan tenaga negara berkenaan.

Koo berkata, kerajaan sedang meneliti sama ada sistem itu perlu diperluaskan kepada sektor swasta bagi menggalakkan kerjasama awam.

“Tetapi kami berharap perang ini berakhir segera supaya langkah sedemikian tidak perlu dilaksanakan,” katanya.

Korea Selatan sudah mengenakan sekatan pemanduan ke atas kakitangan kerajaan berdasarkan nombor akhir plat lesen mereka.

Difahamkan, memperluaskan sekatan kepada sektor swasta akan menjadi langkah pertama sejak Perang Teluk 1991.

Langkah itu juga mencerminkan kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan kejutan tenaga bagi ekonomi yang menjadi pemain utama dalam rantaian bekalan teknologi global.

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung menggesa orang awam mengurangkan penggunaan tenaga dan menggunakan pengangkutan awam daripada memandu kereta bagi mengelak kekurangan tenaga.

Korea Selatan menghadapi risiko inflasi meningkat dan pertumbuhan yang terjejas kerana bergantung kepada import tenaga dari Timur Tengah.

Pertumbuhan eksport negara itu mengekalkan momentum pada awal Mac berikutan permintaan yang kukuh.

Bagaimanapun, lonjakan harga minyak mentah global meningkatkan kos bahan mentah dan gangguan bekalan memberi tekanan kepada aliran perdagangan.

Harga minyak Brent melonjak sehingga AS$116.75 (kira-kira RM470.19) seliter pada 30 Mac selepas pemberontak Houthi menembak peluru berpandu ke Israel, dan berkata operasi akan diteruskan sehingga serangan ke atas Iran dan kumpulan militan proksi mereka dihentikan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here