Home Sukan MEXICO, PORTUGAL SERI TANPA JARINGAN DI AZTECA

MEXICO, PORTUGAL SERI TANPA JARINGAN DI AZTECA

142
0

MEXICO CITY: Memetik laporan REUTERS menerusi Harian Metro Mexico dan Portugal terikat tanpa jaringan dalam aksi persahabatan di Stadium Azteca, awal pagi tadi sempena pembukaan semula stadium itu menjelang Piala Dunia.

Perlawanan itu turut menjadi ujian buat stadium yang di naik taraf, dengan kehadiran penyokong yang meriah bagi merasai suasana menjelang kejohanan dari 11 Jun hingga 19 Julai yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat dan Kanada.

“Ia adalah situasi terbaik seperti yang saya katakan. Untuk bermain di sini, anda perlu berani kerana penyokong mahukan kemenangan dan aksi bola sepak menarik.

“Pemain memberikan segalanya hingga wisel penamat menentang Portugal yang bukan lawan mudah. Mereka pasukan kelompok 10 terbaik dunia dan sangat mantap,” kata jurulatih Mexico, Javier Aguirre.

Portugal hampir membuka jaringan seawal minit ke-14 menerusi Joao Felix sebelum percubaan Goncalo Ramos terkena tiang pada pertengahan babak pertama.

Pelawat terus tampil lebih berbahaya selepas rehat apabila Bruno Fernandes hampir menjaringkan gol namun percubaannya tersasar.

Ketegangan tercetus seketika antara Pedro Neto dan Jesus Gallardo, manakala kemasukan penyerang Portugal dari Toluca, Paulinho disambut sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.

“Saya rasa kami melakukan 10 percubaan ke arah gol, hampir mencapai sasaran kami.

“Apa yang tidak memuaskan adalah jumlah percubaan tepat ke sasaran, kami kurang ketepatan.

“Kejayaan atau kegagalan bukan hanya bergantung kepada keputusan. Banyak faktor lain perlu diambil kira. Selepas 90 minit, pasukan kini lebih bersedia untuk Piala Dunia,” kata jurulatih Portugal, Roberto Martinez.

Mexico hampir mencuri kemenangan lewat perlawanan menerusi pemain gantian Armando Gonzalez, namun tandukannya tersasar.

Mexico yang menerima sorakan boo daripada sebahagian penyokong selepas wisel penamat akan menentang Belgium, Selasa ini, manakala Portugal dijadual bertemu Amerika Syarikat pada hari sama. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here