Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Polis akan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemukan pengsan di tepi jalan di Jalan Kemuning, Khamis lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, remaja terbabit dipercayai melarikan diri dari rumah dan bertemu seorang lelaki yang menunggang motosikal.
“Remaja terbabit menumpang motosikal terbabit, namun lelaki tersebut menyuruh remaja itu membuka pakaiannya.
“Jadi remaja berkenaan takut dan melarikan diri sampailah dia pengsan dan ditemukan orang awam dan dibawa ke hospital. Disebabkan itu kita akan buka kertas siasatan mengikut Akta Seksual Kanak-kanak,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Kontinjen Kelantan, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan pihak hospital setakat ini tidak menunjukkan tanda mangsa dirogol.
“Bagaimanapun polis percaya terdapat cubaan ke arah itu, namun perbuatan tersebut dipercayai belum sempat berlaku,”katanya.
IMedikel TV






