Home Hiburan PENAT SIMPAN RAHSIA – ADIK BELLA ASTILLAH, DIDI GEMBIRA KAK LONG AKHIRNYA...

PENAT SIMPAN RAHSIA – ADIK BELLA ASTILLAH, DIDI GEMBIRA KAK LONG AKHIRNYA BERTUNANG

178
0

KUALA LUMPUR: Adik Bella Astillah, iaitu Didi Astillah berharap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menjaga kakaknya yang disapa Kak Long, dengan baik, selepas bertunang.

“Semoga abang Saddiq dapat menjaga hubungan ini bersama Kak Long hingga ke jenjang pelamin,” katanya.

Didi yang selama ini sentiasa berada di sisi kakaknya mengakui lelah menyimpan rahsia pasangan kekasih itu.

Didi mengaku gembira kerana akhirnya tidak perlu menjaga kata-katanya semata-mata tidak mahu kisah percintaan kakaknya itu terlepas secara tidak sengaja.

“Penat simpan rahsia. Gembira akhirnya boleh beritahu yang mereka (Bella dan Syed Saddiq) memang sedang bercinta. Selama ini saya menjaga tutur kata takut terlepas.

“Jadi, selepas ini saya boleh muat naik video-video yang terperap lama dalam telefon,” katanya ketika ditemubual dalam program radio.

Didi mengaku banyak menyimpan klip video yang disifatkan ‘manis’ membabitkan pasangan itu.

“Selama ini pun sudah ‘sweet’ tapi ada lagi yang lebih manis, sabar dahulu. Kita bagi mereka bertunang dahulu,’ katanya – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here