Home Luar Negara TIADA KEPERLUAN TAMBAH SENJATA NUKLEAR UNTUK HALANG RUSSIA, CHINA – AS

TIADA KEPERLUAN TAMBAH SENJATA NUKLEAR UNTUK HALANG RUSSIA, CHINA – AS

162
0

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak memerlukan lebih banyak senjata nuklear untuk menghalang gabungan tentera Russia dan China berikutan keupayaan ketenteraannya yang maju, kata penasihat keselamatan negara AS, Jake Sullivan pada Jumaat.

Sullivan berkata, Washington akan mematuhi had senjata nuklear strategik yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (START) Baharu 2010 sehingga tamat tempoh pakatan pada 2026, selagi Russia melakukan perkara sama.

Negara itu juga sangat menunggu untuk mengadakan rundingan kawalan senjata dengan Moscow dan Beijing.

Ucapan Sullivan kepada kumpulan advokasi Persatuan Kawalan Senjata itu mewakili langkah terbaharu AS kepada saingan geopolitik utamanya, bagi membantu memperbaiki apa yang disifatkan sebagai “keretakan utama” dalam sistem global selama berdekad-dekad, yang dicipta untuk mengelakkan perang nuklear.

Moscow dan Beijing setakat ini menolak tawaran berkenaan.

China, dalam pertelingkahan tegang dengan AS mengenai Taiwan, ketika negara itu meningkatkan senjata nuklearnya, menolak untuk terbabit dalam dialog pengurangan risiko konflik dengan Washington.

Pada minggu ini, ia menolak perbincangan antara menteri pertahanan kedua-dua negara.

Pentagon berkata, China kemungkinan akan meningkatkan senjata nuklearnya lebih tiga kali ganda, kepada 1,500 kepala peledak menjelang 2035.

Russia yang mengancam untuk menggunakan senjata nuklear dalam perang terhadap Ukraine, pada Februari lalu, berkata bahawa ia menggantung penyertaan dalam NEW START (perjanjian pengurangan senjata nuklear antara AS dan Russia), satu langkah yang dikecam Washington sebagai “tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.” 

Sumber BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here