RIYADH: Eksport Arab Saudi bagi kurma mentah dan diproses meningkat kepada lebih SR566 juta (AS$151 juta bersamaan RM691 juta) pada suku pertama 2023.
Jumlah itu menandakan peningkatan 2.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pusat Kebangsaan untuk Palma dan Kurma mengeluarkan laporan mengatakan bahawa kurma yang disimpan dan segar berjumlah 77 peratus daripada eksport, manakala produk kurma industri menyumbang 23 peratus.

Menurut laporan Saudi Press Agency yang dipetik Arab News, kurma dieksport ke 111 negara, diungguli China yang mana eksport kurma Saudi meningkat sebanyak 150 peratus kepada SR7.6 juta (RM9.28 juta)
Eksport ke Austria meningkat 60 peratus kepada SR2 juta (RM2.44 juta); Belgium sebanyak 23 peratus kepada SR1.23 juta (RM1.5 juta); Turkiye sebanyak 30 peratus kepada SR22.3 juta (RM27.22 juta), Russia sebanyak 95 peratus kepada kira-kira SR2.7 juta (RM3.3 juta); dan Kanada sebanyak 40 peratus kepada SR4 juta (RM4.88 juta).
Sumber BH Online & AGENSI
Imedikel TV






